Wednesday, December 15, 2010

"We were The Reason"...by Avalon...


As little children, we would dream of Christmas morn
And all the gifts and toys we knew we'd find
But we never realised a baby born one blessed night
Gave us the greatest gift of our lives

CHORUS:
We were the reason that He gave his life
We were the reason that He suffered and died
To a world that was lost He gave all He could give
To show us the reason to live

CHORUS

We were the reason that He gave his life
We were the reason that He suffered and died
To a world that was lost He gave all He could give
To show us the reason to live

I've finally found the reason for living
It's in giving every part of my heart to Him
In all that I do, every word that I say
I'll be giving my all just for Him, for Him

And ..

CHORUS

He is my reason to live...

* one of my fav. song...  ")

Tuesday, December 14, 2010

CERPEN IMPIAN...

hai semua!.. kali ni nak share 1 cerpen ngan korang semua... ehehe cerpen ni hasil penulisan sy sendiri...asli konon.. entahlah nak kata cerpen tp meleret pula panjang cerita ni nak kata novel tak cukup syarat panjangnya hahhaa... korang baca la sendiri k..best ke tak tpulang kat korang utk menilainya.. :)


                                                                  ***

Wajahku sayu memandang papa. Meraih simpati. Namun papa tetap papa. Tetap dengan keputusannya. Jika putih katanya putihlah, jika hitam katannya hitamlah.
            “Papa… tolonglah… papa??” sedikitpun papa tidak menoleh ke arah ku.
Dibelek – beleknya surat khabar dari tadi. Entah dibacanya ke tidak aku sendiri tidak mengerti. Aku menoleh ke arah mama. Hampa! Mama juga seperti papa! Tidak mahu mengerti kehendakku! Impianku! Cita – citaku!
            “Keputusan papa muktamad! Suka atau tidak… kau mesti pergi juga!” seperti guruh yang berdentum papa bersuara. Hatiku sekali lagi terluka! Terhiris! Kecewa! Hampa! Papa berlalu dengan keputusannya. Aku hanya mampu berdiam di ruangan tamu yang begitu sepi. Hanya aku dan mama yang ada di ruang tamu ketika ini. Aku benar – benar terluka!
            “ Keptusan Papa tu untuk kebaikan kau juga Lyne. Papa dan mama lebih tahu apa yang baik untuk kau” mama bersuara.
            “ Tapi ma… Lyne ada hak nak buat pilihan. Lyne ada cita- cita sendiri. Lyne ada impian sendiri… kenapa mama dan papa tak pernah nak faham?? Kenapa tak bagi peluang kat Lyne untuk tentukan hidup sendiri.. mama tolonglah…”
            “ Lyne yang tak pernah faham kehendak orang tua Lyne!” Mama terus berlalu ke arah dapur.
            “Mama yang tak faham! Dan mungkin tak akan faham!” hanya bisikan kecil yang mampuku suarakan. Aku terkapai – kapai mencari jawapan sendiri. Kenapa sedikitpun aku tidak diberi peluang? Aku punya cita – cita. Aku punya harapan. Aku punya matlamat untuk dikejar. Kenapa papa kejam sekali! Tergamak papa menghancurkan impianku yang telah terbina sejak usiaku kecil lagi. Kejamnya mereka! Rasa marah mula menyelinap di hatiku. Aku benar – benar terluka! Aku berlalu ke kamarku dengan hati yang retak seribu. Aku ingin menangis! Menangis sepuas – puasnya!
                                                           
            Guru! Arrghh! Aku akui sungguh mulia pekerjaan itu! Tapi aku tidak pernah berminat untuk menceburkan diri dalam bidang pendidikan. Sungguh! Tak pernah! Itu bukan cita – citaku! Bukan impianku! Aku bukan seperti papa. Bukan seperti mama. Bukan juga seperti abang. Mereka minat, memanglah mudah untuk melakukan tapi aku?? Uhhh!!
            Masih teringat di memori mindaku disaat aku mengisi borang secara online untuk mengikuti kursus kedoktoran. Malah ketika itu papa dan mama tidak pernah menghalang. Mereka setuju sahaja dengan keputusanku. Cita – citaku adalah hak ku kata mereka. Namun kini semuanya hancur!
            “ Sampai hati mama…papa….” Desis hatiku. Air mata tetap menjadi temanku di kamar yang sepi ini. Hatiku sayu memandang ke arah bagasi dan barang – barang yang berlonggok di tepi katil. Bukan aku yang melakukan itu! Semuanya kerja mama. Aku yang akan pergi namun mama yang mengemaskan semua barang – barang keperluanku. Entah! Fikiranku kosong! Apa yang aku inginkan Australia! Cita – citaku! Bertapa hatiku gembira disaat permohonan ku untuk mengikuti kursus kedoktoran di Australia diluluskan. Aku layak! Namun papa dan mama sungguh kejam. Aku hanya mampu berdiam kini.
            Pintu bilik ku dibuka. Abang!  Arghh!
            “ Dik, mama panggil makan… mari…” kata abang lembut. Abang memang baik dengan aku. Abanglah tempatku selalu mengadu. Abanglah tempatku bergurau senda. Ya! Dia memang abang yang baik! Namun saat ini abang dah sekepala dengan papa dan mama. Abang yang dulu akrab denganku kini juga menjadi penghalang cita – citaku! Kenapa semua keluargaku begini! Huhh! Hanya hati yang mampu bersuara ketika ini. Tiada seorang yang mengerti! Tiada seorang yang memahami!
            “ Dik… adik dengar tak?? Mari turun makan. Jangan macam ni. Jangan hukum perut adik tu” pujuk abang lagi.
            “Biarlah perut adik dihukum.. seperti hati adik yang abang,papa dan mama telah hukum!” bentak ku.
            “Adik.. papa buat tu semua untuk kebaikan adik. Bukan untuk suka – suka.”
            “Lagi – lagi kebaikan! Lagi – lagi kebaikan! Bencilah!
            “Ye.. sekarang memang adik cakap macam tu nanti bila dah masuk maktab adik tak kan fikir semua tu lagi. Adik akan minat bidang pendidikan. Macam abang dulu.”
            “ Abang… kenapa abang juga tak pernah nak faham?? Abang senanglah sebab abang minat bidang tu. Tapi Lyne??? Lyne langsung tak minat tau! Lyne juga ada cita – cita. Ada impian. Macam abang juga ada impian menjadi seorang guru. Tapi Lyne impian menjadi doktor. Abang faham tak!” hatiku benar – benar terguris hinggakan kata – kata yang ku luahkan adalah bukan kata – kata yang keluar dari diriku. Aku menjadi bukan diriku yang dulu.
            “ Dik, walau apapun yang adik katakan papa tak akan pernah mengubah fikirannya” Abang berlalu meninggalkan kesan pahit dihatiku. Sekali lagi titisan air mata menemaniku. Biarlah aku berlapar. Aku mahu menangis sepuas – puasnya! 

                                                            ******

            Perlahan – lahan ku buka mataku. Aduh!! Rupanya aku tertidur malam tadi. Pantas ku bangun dan mencapai tuala lalu menuju ke bilik mandi yang berdekatan dengan bilik tidurku. Ya Tuhan! Mataku bengkak!
            Dengan lemah longlai ku melangkah ke tingkat bawah di rumahku. Uhhh! Rumahku! Bakal ku tinggalkan! Bakal ku rindui! Bencana apakah semua ini Tuhan! Hatiku benar – benar memberontak!!
            Taman bunga mama. Sungguh tenang keadaan taman namun tidak dapat mengubat hatiku yang terguris begini. Aku duduk termenung sendirian meratap keadaan taman bunga mama. Andailah ikan – ikan di kolam ini, andailah bunga – bunga di taman ini dapat memahami rintihan hatiku alangkah bahagianya aku! Sayu hatiku memandang ke arah rumah hasil titik peluh papa dan mama. Tidak ku nafikan papa dan mama memang memberi kehidupan yang terbaik kepada aku dan abang. Makan minum tidak pernah kurang. Segalanya diberi kepada aku dan abang. Pendidikan, keagamaan dan segalanya papa dan mama berikan. Tidaklah ku katakan hidupku mewah cukup sekadar sederhana. Memang ku akui papa dan mama adalah ibu bapa yang terbaik. Tapi kenapa kini mereka tidak merestui kehendakku? Di mana janji mereka untuk menunaikan segala kehendakku? Papa…. Mama…. Sampai hati kalian.
            Aku masih lagi menaruh harapan agar papa dapatku pujuk. Ya! Aku harus mencuba. Laju kakiku melangkah ke ruangan tamu di rumah. Papa ada. Seperti biasa membaca surat khabarnya. Ku melangkah lalu duduk bersebelahan dengan papa.
            “Papa.. bagi peluang Lyne bercakap?”
            “Apa dia Lyne?” kata papa lembut. Huhh! Hatiku lega! Papa akhirnya menjawabku lembut. Inilah peluangku.
            “ Papa, Lyne minat menjadi doctor pa.. Lyne nak menjadi penyelamat kepada pesakit. Lyne satu – satunya yang dapat menyambung belajar di luar Negara, kenapa papa tak izinkan. Ramai rakan Lyne yang tak dapat peluang tu papa. Sayang kalau Lyne lepaskannya papa.”
            “ Lyne papa bukan tak setuju dengan kehendak Lyne. Tapi papa nak semua anak papa jadi guru.. macam papa..macam mama.. macam abang Lyne. Warisan kita Lyne. Lyne kena faham kehendak papa.”
            “Papa…..” tak sempat ku meneruskan kata – kata.
            “Jadi cikgu tu pun penyelamat juga Lyne. Kita mendidik anak bangsa. Mulia namanya tu Lyne.”
            “Lyne tau pa.. tapi… Lyne takminat nak jadi cikgu” Aku masih mempertahankan kehendakku.
            “ Papa dah uruskan semuanya. Lyne jangan nak bantah lagi. Lyne Cuma harus bersiap untuk papa hantar ke Kampus esok!” Tegas papa.
            “ Papa… tolonglah.. Lyne tak boleh pergi! Lyne tak minat!”
            “Papa kata Cikgu! Cikgu!  jangan nak melawan!” Papa terus berlalu meninggalkan ku termanggu sendiri. Papa sampai hati papa! Hatiku rasa terpukul. Aku terluka!
            Aku benar – benar tiada kekuatan untuk pergi meyambung pelajaran di tempat yang aku sendiri tidak minat. Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang Kuching Sarawak! Arrrgh!Terasa tempat itu begitu jauh untukku jejaki! Walaupun Australia lebih jauh namun bagiku Sarawak lebih jauh dari tempatku ini. Australia impianku! Sarawak impian keluargaku! Tuhan mengapa harus begini.
            Hatiku amat – amat terluka hingga timbul rasa benci dan dendam terhadap sikap papa. Apakan dayaku hanya sekadar seorang anak. Terpaksa ku turut jua kehendak papa. Nanti dikatakan aku ni anak derhaka pula, biarlah ku pendam impianku ini demi kebahagiaan papa. 

                                                                *****
            “Adik.. Adik… Mari turun.. nanti lambat pula” Laung abang dari tingkat bawah. Huh! Hatiku benar – benar sebak! Sebentar lagi aku akan meninggalkan bandaraya Kuala Lumpur ini. Aku akan meninggalkan rumahku ini. Meninggalkan tempat ini untuk pergi ke tempat yang benar – benar jauh bagiku. Sukar untukku lafazkan dengan kata – kata. Hanya Tuhan yang mengerti kemahuanku! Kehendaku! Cita – citaku! Harapanku! Impianku! Arrggghhh! Aku benar – benar terluka!
            Dengan hati yang sebak ku melangkah keluar dari rumahku. Meninggalkan semua kenangan disini. Dalam beberapa jam lagi aku dan keluarga akan bertolak ke Kuching Sarawak menaiki Kapal Terbang. Walaupun ibu sedin berpisah denganku tapi aku tak punya perasaan sedih sebegitu. Apa yang aku sedihkan iaitu impianku! Hanya impianku! Kuching? Apa agaknya yang akan terjadi kepadaku selepas ini. Aku terkesima. Aku pergi meninggalkan tempat lahirku membawa hati yang penuh rasa terluka dan benci. 

                                                            ******
            “Lyne! Kenapa termenung?” sergah rakan sekuliahku.
            “Hai ina…kalau ye pun sapa lah dengan baik. Ni tak main sergah je!”
            “ Sorry bos! Hehehe. Ye lah, aku salah. Dari tadik ku tengok kau termenung jer. Tu Lecturer ajar kat depan tu kau dengar ke tak..”
            “ ermmmm… Aku malas nak focus. Biarlah.”
            “Hurmmm Lyne… kot ye pun buka la sikit hati kau tu untuk minat profession ni. Jangan macam batu sangat. Lupakanlah apa yang dah berlaku tu. Kau mesti berubah Lyne”
            “ermmmmm…..” Hanya itu yang mampu ku jawab.

                                                            ******
            Terngiang di telinggaku perbualan aku dengan Ina di bilik kuliah pagi tadi. Ina merupakan rakan sebilikku dan juga rakan karibku sejak aku berada di maktab ini. Dialah tempat aku mengadu segala kegusaran dalam hati. Hanya dia yang mengetahui permasalahan yang aku hadapi. Tidak kurang juga dia sering membebel memberi nasihat kepadaku. Tapi aku tetap aku. Aku tak mampu menerima sesuatu yang bukan minat aku. Apatah lagi yang berkaitan dengan masa depanku. Impianku. Kini hampir dua bulan aku mengharungi kehidupan disini. Di rantau ini. Namun belum sedikitpun hatiku terusik untuk meminati profesion perguruan seperti rakan – rakan sekelasku yang lain. Aku hanya menghadapi hari – hari yang berlalu tanpa rasa minat tanpa rasa yang bersungguh – sungguh. Di dalam bilik kuliah pun aku selalu tidak memberi tumpuan ketika pensyarah mengajar. Tugasan yang kubuat pun hanyalh sekadar memenuhi syarat sahaja. Tidak seperti rakan – rakan yang lain. Apa yang aku mahu sekarang aku mahukan kegagalan agar aku dapat dibuang terus daripada belajar disini. Alangkah kejamnya aku! Tapi aku benar – benar tidak suka!
            Telefon bimbitku berdering lagi. Keadaan bilik dipenuhi oleh bunyi lagu yang berkumandang dari telefonku. Aku membisu mendiamkan diri.
            “Lyne… jawablah panggilan tu…” Ajuk Ina. Rakan sebiliku.
            “Malas lah Ina. Kalau kau nak, kau jawab lah untuk aku.”
            “Lyne.. sampai hati Lyne hukum mereka macam tu. Mereka orang tua Lyne. Lyne kena hormat dia orang.” Ina membebel lagi.
            “ Mengapa harus aku je yang hormat mereka. Dimana letaknya hak aku? Aku juga punya perasaan!” bentakku.
            “Buruk baik mereka, mereka tetap ibu bapa kau Lyne. Kau tak boleh buat mereka macam tu.”
            “ermmmmm….” Hanya itu yang keluar dari bibirku. Aku membaringkan badanku di atas katil. Malas untuku menjawab panggilan itu. Biarlah. Biar mereka tahu rajuk dihatiku. Hampir dua bulan disini aku belum pernah menelefon keluargaku. Bahkan panggilan mereka pun aku tidak pernah jawab. Abang sering menghantar pesanan ringkas melalui telefon untuk bertanyakan kabar namun satu tidak pernah aku balas. Luka di hatiku sukar untukku rawat. Aku sendiri tidak mampu mencari ubatnya.
            Telefon bimbitku berbunyi lagi. Kali ini mesej pula yang dating. Aku mengeluh. Malas untukku membukanya. Aku tahu itu mesti datangnya dari abang. Biarlah. Biar dia tahu rajuk dihatiku.

                                                            ******
            Tinggal seminggu lagi cuti bakal menjelma. Dengarnya kami diberi cuti satu minggu. Semua rakan – rakan yang lain heboh berkatakan tentang cuti. Semuanya bercadang untuk pulang ke akmpung halaman masing – masing. Semuanya tidak sabar untuk pulang ke kampung masing – masing. Namun aku? Aku tak terfikirpun nak balik. Aku mahu berkurung sahaja di bilik. Kalau pulang pun tidak ada apa yang dapat ku kejar di sana. Biarlah disini. Disini cita – cita yang aku sendiri tidak inginkan. Aku tak terfikirpun untuk pulang ke rumah. Tiada apa yang ku mahukan disana. 


                                                            ******
            Keadaan malam yang sunyi. Esok cuti kampus akan bermula. Aku memerhatikan Ina mengemas barang – barangnya. Dan esok ina akan bertolak ke kampung halamannya di Bintulu Sarawak. Sedih juga aku berpisah dengannya walapun cuti tidaklah panjang sangat.
            “Lyne.. kau okay ke??” tiba – tiba Ina bersuara lalu memandang ke arah ku.
            “Ina.. aku okay jer jangan risau” balasku.
            “Lyne.. aku tak sampai hati tinggalkan kau sorang – sorang dalam bilik ni tau. Semua orang berebut nak pulang cuti. Bangunan asrama kita akan kosong tau.”
            “Ina jangan risau. Tau la aku nak uruskan diri nanti. Kalau nak bandingkan asrama yang kosong, hatiku ni lagilah kosong tau….” Aku sebak.
            “Lyne.. apa kata kau ikut aku pulang?? Nak? Bercuti di kampungku?”
            “Seganlah Ina. Takpe lah. Aku bak berehat disini. Kau tak payah risaukan aku. Tahulah aku nanti k.”
            “kau ni Lyne degil sangat lah. Kau bukan takde duit pun. Kau beli je tiket. Pulang ke KL esok..haa.. habis cerita.”
            “ermmmm…masalahnya Ina.. aku masih tak bersedia untuk pulang. Bukan mereka faham pun perasaanku!” rintihku.
            “Lyne…Lyne… terpulang lah Lyne. Aku dah cakap apa yang patut.”
            “Anyway thanks Ina..tapi aku benar – benar terluka.”
            “Sama – sama. Aku tak dapat nak tolong banyak hanya nasihat yang mampu aku berikan.”
            Perbualan kami berhenti di situ. Malam masih muda, aku meluangkan masa untuk membaca novel kegemaranku. Ombak Rindu! Memang novel kegemaranku. Entah bila mataku terpejam hingga ke alam mimpi.

                                                            ******
            “Lyne.. aku pergi dulu..jaga diri ya.” Ina memelukku.
            “Ina pun. Jaga diri k. balasku. Aku memerhatikan Ina meninggalkan bilik.

            Kini hanya aku seorang penghuni di bilik ini. Terasa semakin sunyi hatiku. Entah kenapa. Aku tiba – tiba sebak. Sebak yang lain dari perasaan sebak yang ku hadapi selama ini. Rindu! Ya! Rindu! Entah mengapa. Aku tiba – tiba merindui mama. Merindui papa. Merindui abang. Ahhhh! Tak mungkin!
            Tapi memang aku akui aku merindui mama. Sebelum semua ini terjadi, mama sangat akrab dengan aku. Akulah satu – satunya anak perempuan mama. Abang, abang juga orang yang sangat rapat denganku. Abang sering menjadi teman gurau sendaku. Papa, walapun papa seorang yang tegas, papa juga amat sayang padaku. Ahhh! Aku merindui kalin! Aku merindui rumahku!
            Hatiku tergerak untuk membuka mesej yang ku terima beberapa hari lepas. Daripada abang. Memang aku dah jangka semua itu. Perlahan – lahan kubaca.
                        “ lyne.. adik apa kabar? kenapa lyne tak pernah jawab panggilan abang? panggilan mama dan papa? kenapa lyne buat kami macam ni? papa sering bertanyakan lyne. kenapa lyne menghukum kami begini? kesian papa dan mama. sampai hati lyne menghukum mereka begitu. lyne sebagai anak, kita harus bekorban demi kehendak orang tua lyne.. mereka banyak berjasa untuk kita berdua lyne. sekarang, papa kurang sihat. badan papa lemah. papa perlukan lyne. papa rindukan lyne. kalau lyne tak dapat pulang sekalipun lyne harus telefon papa. berbual seketika dengan papa. harap lyne faham. abang rindukan lyne….”

            Hatiku bagai dipukul. Tanganku mengeletar. Badanku rebah  di tepi meja. Aku menangis semahu – mahunya. Ya Tuhan, betapa berdosanya aku. Papa, mama, abang, Lyne minta maaf. Lyne anak yang derhaka. Maafkan Lyne papa.
            Hanya suara hati yang mampu merintih ketika ini. Aku bergegas mengemaskan barang. Ya! Aku mahu pulang! Aku mahu memohon kemaafan daripada keluargaku! Daripada papa, mama dan abang!
           
                        Aku menyesal!! Papa, mama, abang….. maafkan Lyne… Lyne akan kembali ke pangkuan kalian….. Lyne rindukan kalian….

                                                                        TAMAT

p/s: nantikan kemunculan cerpen sy yg akan datang... :)

How to become a strong, consistent Christian... ")

1. Become joined to and part of a local Church...
"Not forsaking the assembling of ourselves together, as is the manner of some,but exhorting one another, and so much the more as you see the Day approaching" Hebrew 10:25

2. Continue solidly in the study of the WORD OF GOD...
" All scripture is given by inspiration of God, and is profitable for doctrine, for reproof, for correction, for instruction in righteousness" 2 Timothy 3:16

3. Have a consistent personal prayer life..
"Confess your trespasses to one another,and pray for one another, that you may be healed. The effective, fervent prayer of a righteous man avails much" James 5:16

4. Share your faith..
"Sing to the Lord, all the earth, proclaim the good news of His salvation from day to day." 1 Chronicles 16:23

p/s: together we be a strong and consistent Christian..GBU... ")

Step To Salvation...

 
1. We have all separated ourselves from God.
" For all have sinned and fall short of the glory of God." Romans 3:23

2. But He still loves us...
" For God so loved the world that He gave His only begotten Son, that whoever believes in Him should not perish but have eternal life. John 3:16

3. So He has made a way for us to know HIM...
" God demonstrates His own love toward us, in that while we were still sinners,Christ died for us" Romans 5:8

4. All we have to do is BELIEVE!
" If you confess with your mouth the Lord Jesus and believe in your heart that God has raised Him from the dead, you will be saved" Roman 10:9

5. And receive HIS gift...
" Being justified freely by HIS grace through the redemption that is in Christ Jesus" Romans 3:24

God bless all... ^_^

Monday, December 13, 2010

Amazing Love lyrics

I'm so amazed at how You take my life
And love me more, more than I deserve
I'm blown away by Your power to change this life
Once more, I'm planted in You

Who would know, that I was once
On a road so far away from You
All I know is that I live my life
To show the world Your amazing love
Your amazing love

Your love is pure Your love so divine
Your love transforms my soul my mind
Your love has the power to bring new hope
Amazing love
Amazing love

I'm so amazed at the wonder of all creation
I will live to honour You my Lord
You are the gold, treasure of all life
I will rest in You in praise eternally

Who would know that I was once
On a road so far away from You
All I know is that I live my life
To show the world Your amazing love
Your amazing

Your love is so pure Your love so divine
Your love transforms my soul my mind
Your love has the power to bring new hope
Amazing love
Amazing love
(repeat chorus)

I'm so amazed...

Friday, December 10, 2010

When I say....

When I say... "I am a Christian"
I'm not shouting "I'm clean living"
I'm whispering "I was lost"
Now I'm found and forgiven

When I say ... "I am a Christian"
I don't speak of this with pride
I'm confessing that I stumble
and need CHRIST to be my guide

When I say... "I am a Christian"
I'm not trying to be strong
I'm professing that I'm weak
and need HIS strength to carry on

When I say ..."I am a Christian"
I'm not bragging of success 
I'm admitting I have failed 
and need GOD to clean my mess

When I say... "I am a Christian"
I'm not claiming to be perfect
my flaws are far to visible
but God believes I am worth it

When I say..."I am a Christian"
I still feel the sting of pain
I have my share of heartaches
so I call upon HIS name

When I say..."I am a Christian"
I"m not holier than thou 
I"m just a simple sinner
who received GOD's grace, somehow.
p/s : renung2kanlah... ")